Skip to main content

Apam Beras.

Assalamualaikum w.b.t.

Hi peeps! beberapa minggu yang lepas, dapat gak aku buat salah satu kuih kegemaran Hazim & kelemahan aku. tak lain tak bukan, kuih-muih yang yis related. tambah-tambah agak fobia dengan perkataan APAM xxxx xxxxxx. hanya geng mejani yang memahami. huk2.

pape pun, gua redah jugak beb! dan hasilnya sangat menggalakkan untuk manusia yang agak lemah dalam yis related ni kan. sronok tengok tangan-tangan mencapai kuih ni. ye lah. skali ngap je trus masuk mulut. huk2.


jadik, layan resepinye. Insya-Allah, kompom jadik.

RESEPI APAM BERAS
sumber: myresipi.com

Bahan-bahan:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar – tak letak
  • 3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
  • (sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.

lagik outcomenye...maafla warna tak memberangsangkan. sangat jarang-jarang aku xde mood dalam kalering ni. huk2. maybe sebab nak namakan dia apam putih salju kot. ye la tu doh!


Webbek: Growth begins when we begin to accept our own weakness.~Jean Vanier.

Comments

Popular posts from this blog

Aku belajar menjahit...lagik.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. ingat tak post aku pasal insta aku ? (lau tak igt, memang sah bergunung semut yang kome makan. aku baru je update semalam. huk2) . salah 1 gambo tu ada gambo baju kurung in making. aku pi kelas tu! sbenarnye masa aku sekolah menengah tak ingat tingkatan 2 @ 3, mak aku hantar aku ke kelas menjahit. masa tu murah compare to sekarang. 1 jam range dalam rm4 gitu. aku belajar dari sorang aunty ni. memang tough tapi dia baek bila tak jadik cikgu. huhu. bayangkan as seorang anak dara yang remaja, di hujung minggu, aku kena naik bas tambang bawak beg besar dengan pembaris yg terjulur keluar tu, kertas minyak, buku size a4, suratkhabar lama & harta2 karun yang lain tu. malu i tau. jatuh saham. yelah fikiran budak-budak zaman dulu tak sama dengan fikiran zaman sekarang. but i must say, fikiran orang dulu mengalahkan fikiran orang zaman sekarang. ahaks! masa tu sempatla belajar jahit baju kurung. then pola lak belajar kebarung - masa tu trend kebarung, ba...

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y...

Travelog Along: Kuantan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Kitorang ni baru balik bercuti. Cuti2 malaysia laa katakan. Ahad lepas ada kenduri budak opis kat Felda Sungai Ulu Tekam (dekat dengan Jengka). Dari situ kitorg trus pi kuantan. Kuantan je? Ops…hello. It’s not Kuantan je…best tau. Sebab dapat jumpa mcm2 tempat makan. Hehehe. nak amik gambo dgn pengantin kat pelamin tak dpt...posing sendrik je la. kumpulan kompang rancak kat rumah pengantin. best! Kitorang stay kat Swiss Garden Kuantan . Bilik aku 1 level & mengadap pool & dekat nak turun pantai. Memang memudahkan. Jadik, kalau anda bercuti ke Kuantan @ kawasan2 pantai, make sure 3 jenis air ni anda wajib mandi. Air pantai,air swimming pool & ait bath tub . Budak2 of course suke laa kan. dapat main pasir. Bukan selalu dapat bebas cam ni. Swiss garden kuantan ni terletak kat pantai balok tau. Kitorg gerak dari rumah pengantin kul 1, ngam soi check-in hotel kul3 ;) lepak2 jap, orderr Bratwurst Sausage ( lau istilah Marche – roesti wi...