Skip to main content

Wordlessly Wednesday.

Assalamualaikum w.b.t.
along25
Pic credit to Mr. Goo.
Hi smua. minggu lepas aku balik kutub utara sebab ada wedding sepupu. disebabkan jadual perjalanan tergendala skit, jadik kami lalu highway spenuhnya masa nak balik tu. tapi ni bukanla nak citer pasal wedding ataupun pasal highway...

aku nak citer pasal makanan kat tol yang aku rasa mahai tak bersebab. tak ingat kat R&R mana, tapi kitorang berhenti makan untuk brunch. silap tak amik gambo sebab cam takde mood tengok harga cam tu...


ari tu aku kena RM17 untuk 2 pinggan nasi goreng. nasi goreng lambak tu. bukannya nasi goreng kampung ke, nasi goreng USA ke, nasi goreng pattaya ke. aku congak2, maybe 1 pinggan RM9 (nasi goreng lambak + ayam goreng + telur goreng), 1 pinggan lagi RM8 (nasi goreng lambak + ayam goreng). berapa ringgitkah harga ayam goreng di R&R? aku memang tak puas ati sebab nilai yang aku dapat tak setimpal dengan apa yang aku bayar.


Aku tau kat R&R memang selesa tapi kalau dah peak season, takdelah selesa mana. nak cari parking beratur, belum tentu leh trus masuk toilet - kena bratur lagik. carik tempat duduk kosong untuk makan. Aku paham & aku terima keadaan ni seadanya. 


Tapi kalau melibatkan pricing ni, wa memang sensitip skit. Lau berbaloi, wa tak kisah beb! kalau makan kat jalan dalam, RM17 tu puas makan. contoh Nasi Lemak Slim River - walaupun hanya untuk breakfast tapi macam-macam dapat dengan RM20 untuk 5 adults + 2 kids.

Sebab tu lau balik kutub utara, kitorang banyak ikut jalan dalam. Slain dari MA yang mudah mengantox drive kat highway, faktor F&B adalah tarikan utama. hehehe. Bayangkan, lau aku gerak awal pagi, leh breakfast kat Slim River, lunch kat Stadium Alor Star, high tea di Jo Cendol Pulut. kalau gerak lambat, leh dapat pau Yik Mun untuk tea break pagi. Pernah jugak berhenti kat tempat2 lain, & so far tak mengecewakan. happy gua! takdelah aku buat post membebel ni kan. Yang aku dapat rumuskan, ada beza antara peniaga makanan yang memang nak bagi orang makan & peniaga makanan yang nak untung semata.

mungkin orang lain tak kisah, tapi aku kisah sebab ni duit aku. lau kat negara matahari terbit, gambar menu tu sama sebijik cam apa yang kita dapat. bukan untuk hiasan semata. Purchasing power di Malaysia sangat rendah. Kalaulah semangat kekitaan kuat, aku rasa purchasing power ni boleh ditingkatkan.


macam aku terkena kat satu kedai. order air barli, dapat air barli yang di buat dari jus barli dalam botol & w/o the barli. apakah? well, literally tak salah tapi never tot ada orang jual cam tu. kat kedai lak tu..bukan gerai. sampai sudah wa black list kedai tu.


Webbek: I never find sincerity offensive... so, be sincere. ~Christopher Meloni.

Comments

  1. patot ko sound je macik kedai tu weh..diorg mmg amek peluang cekik darah kat highway2 ni..huhuh..

    p/s: mcm tak kena tajuk wordless wednesday ko tuh..terlebih words posting ni..eheheh..

    ReplyDelete
  2. betut tu lin..tp masa tu incik zam yang beli. aku masa tu mmg dah goyah skit sbb nak carik parkg susah, nak carik tmtp duduk pun susah..pasrah dah masa tu. skali dapat tau hage makanan, mcm kena hempap kren sei..

    point last ko tu mmg betut pun..aku pun tak trasa wordlessly. wakakkakaka

    ReplyDelete
  3. Kedai yg bleklist tu... smpai dh totop laaaa.... ko sumpah ke apa????

    ReplyDelete
  4. sesumpah punyer keje kot...huhu...

    ReplyDelete
  5. kedai dia sumpah tu dah jadi kedai kasut gamaknya...

    ReplyDelete
  6. seriously??? i guess it's not just me then...huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Speak with good intention else it is better to remain silent.

Popular posts from this blog

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y...

Bread War: Massimo vs Gardenia

 Assalamualaikum w.b.t. hi peeps. ari ni aku nak buat entry yg heavy skit la (tapi takdelaa seheavy berat badan aku @ you could say "tak seringan berat badan aku jugak") . hehehehe. lately it come to my attention about bread war between Massimo and Gardenia. it's not launch by them of course. so cheap strategy for such a big corporate name. but by other peeps. it started when they claim gardenia has stop buying flour from Robert Kuok (Malaysia & Southest Asis Richest Person *According to Forbes his net worth is estimated to be around $12.5 billion on May 2011). with that, robert kuok has create a whole new bread called Massimo. that's the surface story that we know. i don't want to tell you about the sh** that emotional, hentam meluru, stupid & crazy people said about this. so merosakkan my blog. you can find it at Mr. Goo. the question is, how deep that we know about this? as a civilization person (eceh. actually, dulu cita2 i nak jadik reporter) , i foun...

Along Checked-In: Wadihana Islamic Steakhouse, Bangi.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. Aku kan saja jeee mengundang masalah bila update entry ni di ari Isnin. Meleleh air liur aku ni tau tak. Memang bernafsu sungguh. huhu. Wadihana Islamic Steakhouse AKA WISH. Ni bukan 1st time aku makan kat sini. 1st time datang beramai-ramai dengan family in law. WISH ada bukak branch baru kat PV128, Setapak. Dekat dengan Toowoomba Deli & Meats Restaurant yang aku terjah untuk wagyu beef tu. Lau ikutkan pekerja dia, kedai diorang sebelah belakang, bukan ngadap main road. Lokasi WISH kat Bangi, sederet dengan Pappa Rich yang aku pernah terjah gak dulu. huhu. Kiranya hala ke PKNS leh nampak kedai ni sebab ngadap main road. Pastu WISH ni ada bukak 2 kedai kat Bangi ni. Depan & belakang lorong je. Yang ngadap main road (yg aku terjah ni) offer western food. Kalau nak goreng2 @ makanan local leh pi kedai yang kat lorong belakang tu. Dedua aku pernah pi. Of course lee aku lagik suker yang western food ni. huhu. Pernah featured dalam mag...