Skip to main content

Udon di Pagar Bintang

Assalamualaikum w.b.t.

salam jumaat semua! ari jumaat ni ari raya untuk kita smua ;) sejak hazim dah skolah ni, ari jumaat aku insap skit. lau dulu pakai seringkas mungkin, tapi sekarang ari jumaat nak pakai baju kurung. kalau tak hazim membebel, "napa mama tak pakai baju melayu?". sebab dia pun ari jumaat pakai baju melayu lengkap bersongkok + samping. nanti nak carik capal untuk dia lak.

ingat tak, aku ada update pasai 1st time aku ke restoran ss2 murni (sila klik). aku order udon yang aku suka bangat tu. huhu. kemarin aku jumpa udon ni kat cold staorage. asalnya masuk situ nak beli buah. skali nampak udon. gua rembat trus. jadik, ni cubaan aku masak mee udon.

telur star. goreng guna mold yang jual kat daiso ;). beli lama dah tapi baru sekarang rajin guna. huhu. thx julia ;)
ni bahan2nyer yang aku agak2 masa dok tenung mee udon tu. aku rasa menjadik pasal MA cakap sedap. huk2. cuma dari segi rupa agak pale sebab tak de kicap pekat.

2 bijik bawang putih
 *tumbuk kasar sebab aku suker tekstur dia. lau tak, tumbuk halus la.
sos tiram
kicap pekat
 *aku xde. aku guna kicap biasa je.
chili flakes @ lada kering
 *aku tak guna sebab masak untuk budak2 tapi ganti dengan lada sulah.
udang
fishball
sayur-sayuran
 *aku guna carrot, cauli flower, kobis
hiasan - timun, cheese, telur


cara2:

1. panaskan minyak. masukkan udang & fishball - 10 saat.
2. masukkan bawang putih. goreng bagi garing. *kalau guna chili flakes, masukkan waktu ni.
3. masukkan sos tiram & kicap pekat (kicap biasa)
4. bagi masak skit sos tu, masukkan sayur2
5. bila dah mendidih sos, masukkan mee udon. mee udon ni kita lerai masa goreng tu. ikut instuction kat paket dia
6. dah masak, leh angkat. dalam 3-5 minit.
7. deco & sedia untuk di santap.

part deco2 ni, aku dapat ilham dari juliahoneyshakes. dia rajin deco makanan anak dia. julia, ari tu try deco nasi goreng lion, tp deco sangatlaa tak lawa. jadik, tiada gambar untuk itu. hehehe. ni cubaan ke-2 saya lak. okek tak? memang sangat amatur berbanding deco julia. tapi takpe, mama lagi semangat nak asah bakat mama sebab budak2 tengok deco amatur ni pun, brebut nak makan. hehehe...

carrot di potong bentuk pokok. cheese & timun bentuk star.


webbek: Aim for the moon. If you miss, you may hit a star.  - W. Clement Stone.

Comments

  1. wahaaaaa jadi dah tuuuuu =D good job mama ! anak anak seronok makan, kita pun happy kan ?

    ok ok nanti boleh cuba buat burger teddy bear pula untuk mereka. mesti menjerit kesukaan =D

    malam semalam ju pun masak udon untuk anak ju. tapi ju buat udon soup. lepas tu side dish ada sosej bentuk octopus. tapi tak sempat ambik gambar.. hafiy dah ngap dulu. takpalah, lain kali will share the idea with you.

    along nanti google bento box ataupun charaben/kyaraben. boleh dapat ilham dari gambar2 tu. =)

    keep it up ! muah !

    ReplyDelete
  2. Hi Julia.
    thanks sebab sudi bagi tips! really appreciate it. memang betutla..dalam ati ada taman jee bila tengok diorang makan.

    insya-Allah, leh buat burger tu lak.

    udon sup + octopus. memang best tu. itu tanda kena buat lagik. hehehe.

    saya mesti nak cuba & cuba lagik - sebab tangan tak berapa seni. hehe. tapi usaha gigih punyer.

    thanks ya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Speak with good intention else it is better to remain silent.

Popular posts from this blog

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y

Bread War: Massimo vs Gardenia

 Assalamualaikum w.b.t. hi peeps. ari ni aku nak buat entry yg heavy skit la (tapi takdelaa seheavy berat badan aku @ you could say "tak seringan berat badan aku jugak") . hehehehe. lately it come to my attention about bread war between Massimo and Gardenia. it's not launch by them of course. so cheap strategy for such a big corporate name. but by other peeps. it started when they claim gardenia has stop buying flour from Robert Kuok (Malaysia & Southest Asis Richest Person *According to Forbes his net worth is estimated to be around $12.5 billion on May 2011). with that, robert kuok has create a whole new bread called Massimo. that's the surface story that we know. i don't want to tell you about the sh** that emotional, hentam meluru, stupid & crazy people said about this. so merosakkan my blog. you can find it at Mr. Goo. the question is, how deep that we know about this? as a civilization person (eceh. actually, dulu cita2 i nak jadik reporter) , i foun

Along Checked-In: Wadihana Islamic Steakhouse, Bangi.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. Aku kan saja jeee mengundang masalah bila update entry ni di ari Isnin. Meleleh air liur aku ni tau tak. Memang bernafsu sungguh. huhu. Wadihana Islamic Steakhouse AKA WISH. Ni bukan 1st time aku makan kat sini. 1st time datang beramai-ramai dengan family in law. WISH ada bukak branch baru kat PV128, Setapak. Dekat dengan Toowoomba Deli & Meats Restaurant yang aku terjah untuk wagyu beef tu. Lau ikutkan pekerja dia, kedai diorang sebelah belakang, bukan ngadap main road. Lokasi WISH kat Bangi, sederet dengan Pappa Rich yang aku pernah terjah gak dulu. huhu. Kiranya hala ke PKNS leh nampak kedai ni sebab ngadap main road. Pastu WISH ni ada bukak 2 kedai kat Bangi ni. Depan & belakang lorong je. Yang ngadap main road (yg aku terjah ni) offer western food. Kalau nak goreng2 @ makanan local leh pi kedai yang kat lorong belakang tu. Dedua aku pernah pi. Of course lee aku lagik suker yang western food ni. huhu. Pernah featured dalam magazin