Skip to main content

Knowledge Sharing

Salam semuaa....ari ni, 1ari slepas merdeka, kak long baik skit. nak share knowledge.
ni pun dpt dr opismate. sila baca di bawah:



S: Dari mana datangnya gas kentut?

J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara
yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari
darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam
perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang
tinggal dalam perut.

S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?

J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran
gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak
pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih
banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan
oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau
kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan
menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam
jumlah yang besar.

S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan
dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada
kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di
dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan
penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini
adalah suatu kesilapan.

S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih
panas dan senyap daripada kentut biasa?

J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara
yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen
pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur.
Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian
yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan
dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola
(bubbles) yang besar dalam suhu tubuh.
Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik
(pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah
kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria.
Pembiakan dan proses penghadaman oleh
bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis
gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih
kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil
proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah
yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-
But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk
menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang
hebat.

S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

J: Secara puratanya, seseorang boleh
menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan
kepada lebih kurang empat belas kentut sehari.
Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu
kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut
dalam sehari adalah lebih mudah.

S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut
kita dihidu oleh orang lain?

J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor
atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan
angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan
jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak
dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan
hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali
jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil
dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik
yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang
penyerapan ke persekitaran dan akan kekal
berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga
diserap oleh dinding-dinding. Kenapa ada sela
masa 13-20 saat antara pelepasan dan
pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut
berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi
mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu
oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh
bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh
bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah
kentut?

J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga
kentut sejurus selepas mati.

frog: ada org ckp, lau org lelaki nak tau camner rasa sakit branak, kentut 100x@1000x tanpa henti. betut kaaa? aku pung tak tauuuu. cubalah.

Comments

Popular posts from this blog

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y...

Bread War: Massimo vs Gardenia

 Assalamualaikum w.b.t. hi peeps. ari ni aku nak buat entry yg heavy skit la (tapi takdelaa seheavy berat badan aku @ you could say "tak seringan berat badan aku jugak") . hehehehe. lately it come to my attention about bread war between Massimo and Gardenia. it's not launch by them of course. so cheap strategy for such a big corporate name. but by other peeps. it started when they claim gardenia has stop buying flour from Robert Kuok (Malaysia & Southest Asis Richest Person *According to Forbes his net worth is estimated to be around $12.5 billion on May 2011). with that, robert kuok has create a whole new bread called Massimo. that's the surface story that we know. i don't want to tell you about the sh** that emotional, hentam meluru, stupid & crazy people said about this. so merosakkan my blog. you can find it at Mr. Goo. the question is, how deep that we know about this? as a civilization person (eceh. actually, dulu cita2 i nak jadik reporter) , i foun...

Along Checked-In: Wadihana Islamic Steakhouse, Bangi.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. Aku kan saja jeee mengundang masalah bila update entry ni di ari Isnin. Meleleh air liur aku ni tau tak. Memang bernafsu sungguh. huhu. Wadihana Islamic Steakhouse AKA WISH. Ni bukan 1st time aku makan kat sini. 1st time datang beramai-ramai dengan family in law. WISH ada bukak branch baru kat PV128, Setapak. Dekat dengan Toowoomba Deli & Meats Restaurant yang aku terjah untuk wagyu beef tu. Lau ikutkan pekerja dia, kedai diorang sebelah belakang, bukan ngadap main road. Lokasi WISH kat Bangi, sederet dengan Pappa Rich yang aku pernah terjah gak dulu. huhu. Kiranya hala ke PKNS leh nampak kedai ni sebab ngadap main road. Pastu WISH ni ada bukak 2 kedai kat Bangi ni. Depan & belakang lorong je. Yang ngadap main road (yg aku terjah ni) offer western food. Kalau nak goreng2 @ makanan local leh pi kedai yang kat lorong belakang tu. Dedua aku pernah pi. Of course lee aku lagik suker yang western food ni. huhu. Pernah featured dalam mag...