Skip to main content

Cendol + Pulut



Salam semua.

Aku ikut kawan baik aku balik rumah dia. Maklumla, perantau memang mcm ni. 1st time aku ikut dia balik. Balik dgn mak dia sbb mak dia keje kat situ. On da way, mak dia bawak makan kat Jo Cendol Pulut. Depa dok citer la speciality kedai ni Cendol Pulut ni. Semua orang akan singgah sini lau balik kampung. Depa order cendol pulut 1 sorg. Aku sorg je order cendol tanpa pulut. Memang tak pernah makan pun sbelum ni. Cam pelik. Masa tu konon2 kerek laaa.

Dalam hati, sedap ke makan dengan pulut. Depa dok promot lg,

"hang tak mo order ke cendol pulut? sedap."

"(senyum2 sokmo) xpela. makan cendol biasa je."

dah brapa kali dia promot aku tak mo jugak. ketegaq la konon2.

skali sampai depa tak berputus asa ajak makan. aku try jugak la. sekali cuba, memang sedap. yaa beda bedu!

kami bertukar cendol. habis cendol pulut dia aku blasah.

start tu, aku promot kat semua orang suruh makan kat situ. feedback yang aku dapat tak pernah hampa.

aku promot kat opis mate aku yang juga anggota kelab jiwa sepi. sebab dia rajin gak balik kedah. paham2lah ada sapa kat sana. aku suruh dia makan jugak2 kat situ. sbb nak amik hati anggota kelab, dia pun makan.

"tak sedap."

hampa aku rasa. dia lah feedback hampa pertama yang aku dapat.

tp aku tak berputus asa. dia bukan neutral parti. sebab dia jaki aku slalu citer bab makan.
jadi feedback ko, aku tak kira. muahhahahaha.

namun keanggotaannya dalam kelab jiwa sepi tak di lucut.

frog: trimas kawanku dan mama mu yang tak berputus asa menjadikan aku seorang promoter cendol pulut jo.

Comments

Popular posts from this blog

Aku belajar menjahit...lagik.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. ingat tak post aku pasal insta aku ? (lau tak igt, memang sah bergunung semut yang kome makan. aku baru je update semalam. huk2) . salah 1 gambo tu ada gambo baju kurung in making. aku pi kelas tu! sbenarnye masa aku sekolah menengah tak ingat tingkatan 2 @ 3, mak aku hantar aku ke kelas menjahit. masa tu murah compare to sekarang. 1 jam range dalam rm4 gitu. aku belajar dari sorang aunty ni. memang tough tapi dia baek bila tak jadik cikgu. huhu. bayangkan as seorang anak dara yang remaja, di hujung minggu, aku kena naik bas tambang bawak beg besar dengan pembaris yg terjulur keluar tu, kertas minyak, buku size a4, suratkhabar lama & harta2 karun yang lain tu. malu i tau. jatuh saham. yelah fikiran budak-budak zaman dulu tak sama dengan fikiran zaman sekarang. but i must say, fikiran orang dulu mengalahkan fikiran orang zaman sekarang. ahaks! masa tu sempatla belajar jahit baju kurung. then pola lak belajar kebarung - masa tu trend kebarung, ba...

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y...

Testing 1 2 3

As salam. Hi peeps. Ni cooobaaan pertama aku post dr smart phone yg dah retak seratus utk kali ke2. Huhu. Sambil2 tgu f&b sampai, kita isi masa lapang. Eceh. Best gak so far ni. Mcm xbyk salah eja je. Hehehe. So, aku baru je setel kenduri adik ipar aku. Consider kenduri ke2 & yang last utk TAHUN NI. I repeat... for this year. Huhu. *kat mana pulak nak masukkan gamabr ni. Harap maaf yea... Selamat Pengantin Baru Mamaksu (^_^) jenuhlaaaa nak edit balik bila guna apps ni. Now I can relate with the comment at the apps page. tapi nak cuba sendrik nyer pasal. xpela. lau x.. xtau. huhu. okekla. dinner dah sampai. bon apetito :-)