Skip to main content

Akhirnya, dapat jugak!

Assalamualaikum w.b.t.

*Sebelum aku ke tajuk utama, izinkan aku untuk membebel. Pasai pe seksa bebeno nak update gambo kat blogger ni? Cam force suruh guna Chrome je. wa tak nak la! Mr. Blogger, tolong fix it ASAP. TQ (^_^)

(Tajuk Utama. *chop eh, maybe korang dapat rasa mood bebelan & mood tajuk utama sangat berbeza. Ini kerana mood tajuk utama di buat awal giller sbelum sangkut nak upload gambo. Jadik, paham2 la ek)

Hi semua. tengok gambo bawah ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga tupperware Oasis Sprout ni.


blog along25, along25, oasis sprout, oasis
Top view. Lau nak masuk dalam microwave, cabut je bunga tengah tu.

Beg aku ni cam poket doraemon. smua benda nak sumbat dalam tu. salah 1 benda yang aku nak, tupperware cam ni la. senang beb lau nak tapau pape. esp utk Hazim. bila petang aku amik dia dari skolah, wajib dia sebut  "Lapar", "mama ada beli apa2 tak? Hazim lapar". sedey mama dia dengar. sebelum ni gigih guna bekas biasa. kocik molek sebab nak bg muat dalam beg doraemon aku tu tapi kdg2 tak dpt guna sbb tak muat. guna jugakla plastik/kertas. sedey sedey...

aku dok usha brand Tupperware. kan ada jenis yang leh lipat2 tu. tapi time aku usha, time tu lee takde. biasa la kan. agaknya dah stop production ke apa ke. xpela. then aku baca dari Julia & Mr. Goo pasal bekas Oasis Sprout ni. memang sungguh kacak la! dia sama cam brand Tupperware yang leh lipat2 tu tapi di buat dari silikon. selamat utk microwave, etc.


Oasis Sprout ada 3 kaler yang sweet & 2 design - bulat & rectangle. setiap design tu ada banyak size. ada di jual secara individual & ada gak di jual dalam bentuk set of 2 pcs, set of 3 pcs. harga dia okekla. dari belas-belas ringgit ke puluhan ringgit yang mampu milik.

aku beli set of 2 pcs. dapat kat Parkson Alamanda. mula2 cari kat Parkson OU, tapi hampa. Bila jumpa kat Alamanda, girang sungguh hati beta. huhu. asalnya nak beli seketui je, skali nampak set of 2, dah lari matlamat. set of 3, lagik lee dah tamak haloba. tambah lak ada sale masa tu. adoi...tergoda aku. sudahnya, rembat set of 2 (1 bulat & 1 rectangle). sori yea, sebab terlalu girang, harga tak ingat. huk2.

kalau time tak guna, ni leee bentuknya. sangat slim kan. confirm muat dalam beg doraemon aku. 


blog along25, along25, oasis sprout, oasis
Before & after...A thing that must have in our bag. Towards mother earth lovers!

bila di bukak habis, ni le bentuknye. leh muat 6 ketui pau tesco & i'm good to go for outing with my heroes!

blog along25, along25, oasis sprout, sprout
Pau Tesco. feveret budak2 ni. sedap wei. serius!
Hazim suker coklat, Hafiy suker kaya.
Item must have in my freezer.




Webbek: Your sacred space is where you can ind yourself again and again. ~Joseph Campbell.

Comments

Popular posts from this blog

Aku belajar menjahit...lagik.

Assalamualaikum w.b.t.  Hi peeps. ingat tak post aku pasal insta aku ? (lau tak igt, memang sah bergunung semut yang kome makan. aku baru je update semalam. huk2) . salah 1 gambo tu ada gambo baju kurung in making. aku pi kelas tu! sbenarnye masa aku sekolah menengah tak ingat tingkatan 2 @ 3, mak aku hantar aku ke kelas menjahit. masa tu murah compare to sekarang. 1 jam range dalam rm4 gitu. aku belajar dari sorang aunty ni. memang tough tapi dia baek bila tak jadik cikgu. huhu. bayangkan as seorang anak dara yang remaja, di hujung minggu, aku kena naik bas tambang bawak beg besar dengan pembaris yg terjulur keluar tu, kertas minyak, buku size a4, suratkhabar lama & harta2 karun yang lain tu. malu i tau. jatuh saham. yelah fikiran budak-budak zaman dulu tak sama dengan fikiran zaman sekarang. but i must say, fikiran orang dulu mengalahkan fikiran orang zaman sekarang. ahaks! masa tu sempatla belajar jahit baju kurung. then pola lak belajar kebarung - masa tu trend kebarung, ba...

Ramly Member Card.

Assalamualaikum w.b.t. Hi smua. Lau semalam post kebetulan, ni post betut2 punya. Aku dah lama nak update/promot kat korang especially kepada sesiapa yang accessible. amende laa agaknya kan. Benda yang aku nak promot ni harap2 dapat menjimatkan ekonomi rumah tangga kita, Insya-Allah & yang paling penting kita support produk yang Halal, Insya-Allah. Member card Ramly Aku nak citer pasal member kad Ramly burger yang femes tu. Dulu kedai dia sederet Ayam Penyet Bangi tu, tapi sekarang dah pindah sederet Baked With Yummy & ManjaKu Bangi. Skit fakta: 1. Napa nak jadik member? Kita dapat beli barang2 keluaran Ramly & produk2 yang di jual kat kedai dia dengan harga yang murah berbanding harga pasaran. Aku ni suker menstok barang2 frozen kat umah. Jadik, memang berbaloi-baloilah. Mengenyangkan. 2. Camner nak jadik member? Sangat senang. Bagi je photostat IC & isi borang. Trus jadik member. Kad dia xde expired date jugak. Syokkan. Menyenangkan. 3. Berapa yuran pendaftaran? Xde Y...

Travelog Along: Kuantan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Kitorang ni baru balik bercuti. Cuti2 malaysia laa katakan. Ahad lepas ada kenduri budak opis kat Felda Sungai Ulu Tekam (dekat dengan Jengka). Dari situ kitorg trus pi kuantan. Kuantan je? Ops…hello. It’s not Kuantan je…best tau. Sebab dapat jumpa mcm2 tempat makan. Hehehe. nak amik gambo dgn pengantin kat pelamin tak dpt...posing sendrik je la. kumpulan kompang rancak kat rumah pengantin. best! Kitorang stay kat Swiss Garden Kuantan . Bilik aku 1 level & mengadap pool & dekat nak turun pantai. Memang memudahkan. Jadik, kalau anda bercuti ke Kuantan @ kawasan2 pantai, make sure 3 jenis air ni anda wajib mandi. Air pantai,air swimming pool & ait bath tub . Budak2 of course suke laa kan. dapat main pasir. Bukan selalu dapat bebas cam ni. Swiss garden kuantan ni terletak kat pantai balok tau. Kitorg gerak dari rumah pengantin kul 1, ngam soi check-in hotel kul3 ;) lepak2 jap, orderr Bratwurst Sausage ( lau istilah Marche – roesti wi...