Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Top Shot Season 2 - Sapa kata citer ni tough?

Assalamualaikum w.b.t. cam rajin lak ari ni nak update webbek ni. huk2. kali ni nak share dgn kome, atr feveret reality show aku. slalu feveret food je kan. skali skala kita tukar kapal dehhh :) Finale Top Shot Season 2 ni clash dgn Harimau Muda vs Chelsea ari tu. susah nak pilih seiiii. sudahnya, kitorg skip semi-final top shot utk tgk Harimau Muda. then start tgk top shot masa elimination round semi-final. tukar2 channel laaaa jadiknya. kepala jgn pusing lak tau. Top Shot ni reality show US. diorg pilih the best of the best yg terrorist dgn weapon. yg best pasal ni, mmg based on talent & a little bit of luck utk menang. smua org ada fair chance utk menang. yg aku plg suker pasal Top Shot Season 2 niiii sebab: RED is the strongest team (ahaks!) - of course winner is from the RED team. not to mention, all final 4 are from RED team. RED RULEZ!   Sapa kata citer tough cam ni xleh ada babak "dalam hati ada taman". touching wooooooo...nak citer pun, pnjg lebar beb

Nikmat Pulut Durian

Assalamualaikum w.b.t. nyum nyum...lemak berkrim di sukai ramai :) haa..jawab dulu salam tuuu. tak jawab dosa... :-p update kali ni ringkas je..pasal dessert dinner smlm :) kat umah ada durian, pulut, santan kotak, garam. jadik, tgu pe lg. pulut durian laaa jawabnya. ni pun idea dr Hazim. huk2. aku tak teringat pun nak buat pulut durian.mmg lawan tokeiii dah Hazim ni :-p Hafiy layan gak tp selayan Hazim. Hazim -> Raja Durian -> Durian -> Raja Buah. Hazim -> apa? silalaaah jawab lau bijak enjoy. frog: saya raja segala alam :)

Menu Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t. yoo....pehabaq? ari ni ari Isnin. pg2 lg bila bangun tido aku dah rasa nak bungee jumping. SEBAIK CUTI GUA TAK BYK...lau tak....slmt dah gua.bawak keta pun, cam siput babi. duk line kiri jeeeee pg ni. huhu... so, update aku kali ni pasal menu hujung minggu aku. hehehehe. tema nya menu kesihatan ( eceehhhh ) tp last2 cam menu nak sedapkan tekak je. heheeee.. menu pagi sabtu: Fruity Milkshake served with Sweet Cracker sumber: Kellogs Special K (rembat dr cik pujjj nyer buku) menu minum petang ari sabtu: Parfait (huhu...nama canggih kan. hehehehe) sumber: Kellogs Special K (rembat dr cik pujjj gak) note: maaf, xde gambo. tak sempat. huk2. jgn tertipu dgn gambo ni. sumber dr incik goog ;) menu makan malam ari sabtu: Fillet of Beef with Tomato Concasse Roasted Garlic & Herb Butter sumber: Masterchef Junior Australia menu pagi ahad: Big Breakfast DPP sumber: sendirik tp di ilhamkan oleh big breakfast mc'd. hehehehee. menu makan malam (ada org poce Nisfu Syaa

Jom Pi Floria Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t. Tema jeee Roses Are Forever. Tapi cam seksa gak nak jumpa roses. huhu Pe habaq smua? Floria Putrajaya dah start dr minggu lepas lg & 1st time gak dia buat lama skit. lau tak slalu nyer over the weekend je. memang tak tergabak laaaa aku floria tu. 1st aku pi masa Laman kat taman tasik perdana tu. masa tu ber2 lg. leh laa nak pose ala2 bollywood kat situ. hehehehe. skrg ni dah ber-4. takde dah bollywood. aksi stunt hollywood kejar budak2 tu ada la. huhuuu. Boat parade dr Melaka. kitorg smpi sana b4 9pm. jln2, kutip2 brochure, mintak paper bag, pose pose pose. last skali kitorang duduk kat rumah W.P. Labuan (depan rumah Johor - rumah yg plg cantek & mendapat perhatian of course ;)). rumah Labuan ni betul2 mengadap tasik. jadik memang dpt tgk boat parade tu depan mata la. fireworks pun sama gak. ada gak yg siap bawak tikar lg. xpela utk keselesaan masing2 kan. Bunga yg takkan layu :-p byk lg gambo best2 tp tak sempat nak snap. apa yg ada ni, enjoy je la yea..

Along Checked-In: The Cream & Fudge Factory

Kedai dia best jugak. hage pun tak semahai ice-cream2 lain yang seangkatan dengannya Assalamualaikum w.b.t. hi there. sabtu lepas aku buat ops bersih Alamanda :) orang lain sibok bersih kl, aku bersih Alamanda. dekat dgn umah & kompom tak jemm. kitorang sampai sbelum kul10 pg. dptlaa tolong org2 kedai tu bukak kedai. hehehhe. so, main agendanya: 1. blanjer brg umah 2. lunch 3. dessert 4. carik kasut & sandal (yoo geng..aku beli sandal baru tau..jgn tak caya. kasut yg aku berkenan xde saiz. tipikal...tp aku nak gabak gak carik tmpt lain. hehehehe) yang aku nak highlight no. 3. hehehehe..no. 2, kitorang lunch kat rasamas. xnak komen part ni... untuk menenangkan hero2 aku, aku umpang diorang, lau semua orang behave, aku blanjer dessert. hehehe. jadik, janji mesti di kotakan :) Nak rembat sudu tp lupa...cam kena pi lagik je. hehehe. i treat them @The Cream & Fudge Factory. i want to indulge them with the creamiest ice cream on earth . muahahhahahaa... nak taip pun rasa geli per

The Making of Apam Polka Dot

Apam polka dot 2nd attempt w/o filling. Sila klik untuk polka dot yang lebih jelas :) Assalamualaikum w.b.t. Hi there. Lama tak update blog. untuk entry kali ni nak share pengalaman & resepi polka dot laaa. heheheh. sbenarnya, apam polka dot ni aku jumpa secara tak sengaja masa aku sibok plan utk birthdaysourast anak2 aku :) masa tu tak silap aku nama dia apam blossom. pastu sekelip mata jee nama apam polka dot yg famos. xpela. papelah, janji benda yang nak di buat tu sama outcome nyer. huk2. 1st time aku buat, mmg ke laut laaa. resepi sama jee..napa ek? tangan aku kee? tak basuh tangan ke aku? masa tu apam aku tu keras, pastu filling dia pun tak lawa/kemas. filling dia mendak ke bawah. sebaik aku test dulu. lau trus terjah untuk birthday diorang, mau tak kuar dapur apam ni. heheheh. bila date dgn incik google, rupa2nye byk lg step @ tips yg tersirat la. dia tak semudah macam kita tengok resepi tu. lagipun masa tu xde pengalaman lagi kan. so, my 2nd attempt iaitu masa hari kejadian